[you've got to look hard enough for the fun]


Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them.

[Forrest Gump]

My Photo
Name:

nothing interesting..

Monday, May 17, 2010

ok kot catan ni..





arah jam: gangsa, perak, emas dan hasil akhir.

[klik untuk besarkan gambar]

keindahan kontemporari
acrylic on canvas
20” x 30”

aku rasa-rasa la catan aku ni tergolong dalam seni abstrak kontemporari. aku buat semua tekstur warna tu dengan menggunakan ‘palette knife’ bersama bantuan acuan bulat, ok kot?



Saturday, May 01, 2010

kasut Brooks pertama aku..





setelah survey online ikut kesesuain dari segi brand > type > neutral > wide, aku pun pi la cari kasut running yang aku dah listkan beberapa jenis antaranya Asics, Mizuno, Brooks dan New Balance. aku cari kat beberapa tempat jual kasut sekitar penang. proses survey ni sebenarnya dah makan masa lama dulu lagi cuma sejak dua menjak ni ja aku agak serious untuk cari kasut yang bebetul sesuai dengan aku. tu belum lagi masuk pilihan kesesuaian dari segi motion mechanics dan arch height. apapun akhirnya khamis lepas aku bejaya beli sepasang kasut Brooks "Launch" yang mana ia tiada pun dalam list aku. bagi aku aspek terpaling penting dalam pemilihan kasut adalah keselesaan semasa dipakai. bukan faktor brand atau harga. kalau brand terkenal dan harga mahal pun tidak guna sekupang juga jika tidak selesa di kaki si pemakai..

aku sebenarnya teruja dengan pembelian tersebut kerana sesudah memakainya (memang selesa gila) dan mencuba consistent walking berjarak lebih kurang 3 km lebih (all terrain), sesungguhnya aku gembira dengan kasut tersebut. dapat lak harga istimewa. memang pembelian yang berbaloi, sebab tu ada new post kali ni =D

ps> ni ada komen tentang kasut tu dari seorang Marathon Race Director..