[you've got to look hard enough for the fun]


Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them.

[Forrest Gump]

My Photo
Name:

nothing interesting..

Saturday, October 02, 2010

kemarin dan hari ni..


kemarin masa on the way nak balik alor setaq, keluar ja dari jambatan pulau penang, aku dengaq bunyi semacam ja kat enjin keta lantas aku terus tengok kat meter suhu. nah haiii meter dah dekat ¾ dah. aku slowkan skit keta, aku plan nak singgah benti sat kat kawasan rehat tol sungai dua tapi malangnya sebaik aku benti nak belok ke kanan, enjin keta terus mati camtu ja. try start tapi enjin takmau hidup jugak. woiiiii keta aku time tu kat lane paling kanan kotttt..

dipendekkan cerita, keta aku tesadai kat bengkel di sungai petani. aku singgah bemalam kat umah tok aku. pukul 11 malam baru sampai dalam keadaan masih lagi berpakaian formal. adoiii letih..

ok ni cerita untuk hari ni lak. dalam pukul 11 pagi camtu aku dok menyembang dengan tok aku kat luar umah sambil tu dok tengok la ada 3 orang pemuda dok bejalan mundar mandir dalam bendang. untuk makluman, umah tok aku bedepan dengan bendang yakni sawah padi. 3 orang tu rupanya dok cari dan tangkap burung. burung yang hidup melata dalam bendang. aku tak amik kisah sangat pun sampai la sorang daripada 3 orang tu tetiba belari masuk kawasan umah tok aku. aku dengaq dia dok jerit burung tu menyelinap kat situ tapi dia cari punya cari, tak jumpa pun..

dipendekkan cerita, burung tu dapat kat tangan aku. awainya aku ingatkan burung puyuh or bangau or gelam rupanya menurut tok aku, nama dia burung ayam. mungkin tu nama panggilan tempatan kot sebab rupa dia sedikit iras macam ayam kampong yang kecik dan kurus. terbang pun rendah ja. last-last dengan bantuan tok, aku sendiri sembelih burung tu. tok buat goreng kicap. walaweiiiiii sedap gilaaaaa haha. aku tolong tok buat nasi tomato. alhamdulillah beguna juga ilmu memasak yang aku belajaq masa keja hotel dulu ni. rezki aku tok kata. terima kasih tok, am sayang tok..

petangnya dalam kul 4 camtu, aku tekejut gila tokey bengkel keta kol aku bagitau list-list barang yang rosak dan perlu ditukar baru. aku lagi tekejut dengaq dia bagitau jumlah kos hampir nak cecah 1k. tediam aku. semalam aku perah abih beberapa kad atm aku, tu pun baru dapat sedikit ratusan ja. kena lak elaun belum masuk. hmm tediam lagi aku..

dipendekkan lagi cerita, sekarang ni aku tengah menaip semua ni. tak tau pasepa aku rasa ingin berblog pasai apa yang tejadi kat diri aku kemarin dan hari ni..

sekian..


Links to this post:

Create a Link

<< Home