[you've got to look hard enough for the fun]


Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them.

[Forrest Gump]

My Photo
Name:

nothing interesting..

Friday, November 11, 2011

Ragam manusia serumah..

Perkara ni dah berlarutan sekian lama. Aku isi air penuh dalam botol air pastu aku letak dalam fridge dengan harapan bila mana aku dahaga, dapat la aku minum air sejuk dengan kadar yang segera. Tapi masalahnya ada pihak yang tak bertanggungjawab bole pi bedal air aku tu dan dengan tanpa ada rasa bersalah, selamba ja dia letak balik botol air aku yang dah kosong hasil dari dia minum tu, kembali ke dalam fridge. Kalau skali dua takpa la jugak, ni tak, banyak kali tuuu. Aku ada cakap elok-elok minta dia tolong refill semula lepas minum tapi masih tak paham. Nak aja sound tapi kalau sound takut hilang kawan lak. So aku guna "bahasa tulis" seperti di bawah.


Aku tampal kat pintu fridge.
Bahasanya bernada agak kasar namun ia terbukti berkesan. Tiada lagi yang berani menyentuh isi kandungan botol air aku.

Walaubagaimanapun setelah seharian nota tu berada di pintu fridge, aku tukarkan pula dengan yang lain seperti di bawah.


Manakala kali ni, penggunaan bahasa yang lembut sedikit diaplikasikan. Yang ni aku biarkan melekat di pintu fridge selama 3 hari 3 malam. Apa yang pasti Alhamdulillah, kes kehilangan air minuman aku dah selesai. Pihak yang terbabit pun tidak bermasam muka cuma sekadar termalu sendiri. Puas hati. Sekian..


Links to this post:

Create a Link

<< Home