[you've got to look hard enough for the fun]


Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them.

[Forrest Gump]

My Photo
Name:

nothing interesting..

Saturday, January 02, 2010

persoalan aku..


1: apa ya mentaliti manusia yg berckp kuat/tidak reti silent hp/koyak bungkusan fastfood kuat2 dlm panggung wayang? bkn skali dua tp byk kali gangguan. ada parent yg bwk skali anak2 kecik yg mana anak2 depa ni lahaii cukup la byk kerenah. lari sana cni, panjat bediri ataih kerusi dll. kekadang si parent tgk cthnya crita 18PL tp bwk anak2 skali so dok sat ja crita mula, anak2 depa dah teriak nangih sbb tekejut/takut tgk aksi crita tu. ada pula manusia2 yg lagaknya spt tukang cerita/tukang penjelas/pengulas filem, manusia cmni slalunya mai lbih dr sorang, tatkala crita dok tayang, si manusia A akan menerang/mengulas crita kat kwn2 dia dr mula smpai abih crita. yg manusia B, C n dot3 pulak dok berbalas tnya. maka jd sembang kdai kopi la. ganggu btui aihh!

2: apa ya mentaliti manusia yg bawak kenderaan tanpa lgsg ada kesedaran utk berterima kasih kpd kita dlm situasi cthnya kita punya la betolak ansur bg dia peluang/dahulukan dia utk potong/parking/lalu dulu/etc tp dia ble buat xtau, dgn muka ketat xda perasaan, selamba lalu pergi. kita bkn harap/tagih sgt gesture/sign dia tu tp at least budi bahasa, skit sebyk kena la ada kan. xluak pun kudrat tu. cth mudah sgt spt angkat/lambai la tgn atau senyum tanda terima kasih. simple sgt. tu pun xle buat.

3: apa mentaliti manusia yg berebut-rebut nak amik makanan cthnya buffet seminar atau kenduri kendara. manusia2 ni meluru ke meja buffet seolah lapar mcm aram, tgn besilang besilih ganti, himpit menghimpit dan amik mknan menimbun pinggan. kalu bdk2 kot la, ini org dewasa berumur matang. xle ka sabar sat. pelan2 beratur tunggu turn. penganjur mesti dah bajet jumlah peserta/tetamu dgn jumlah mknan. kalu pun xckup mknan, anggap ja xda rezeki. xmati aihh xmerasa mknan masa tu.

4: apa mentaliti manusia yg pergi kenduri kendara, makan dan lepak lama2, mksd aku lepak di meja tetamu yg dia mkn tu lama2. tetamu terkemudian kan rmai lg kekadang ada yg mai sambil pegang pinggan mkn smpai tepaksa bediri toleh sana toleh cni cr meja nak duduk mkn. pdhai tepi dia ada 3 4 org manusia yg dah abih mkn tp dgn selamba still duduk sembang gelak tawa usya org sana cni. lgsg xrasa besalah kt tetamu lain yg nak mai duduk mkn.

aku pun bermentaliti rendah, aku akui tp dlm masa yg sama aku berusaha perbaiki ke arah yg lbih baik..



Links to this post:

Create a Link

<< Home