[you've got to look hard enough for the fun]


Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them.

[Forrest Gump]

My Photo
Name:

nothing interesting..

Thursday, April 17, 2008

TM-WMC Dzhabar bestow a K.O in 1st round..


maka kemarin 16/04/08, melalui saluran Astro 701, aku dengan rasminya berasa agak ralat kerna sah sudah berakhir cabaran Dzhabar "Genghis Khan" Askerov dalam rancangan bersiri tv realiti kesukaan aku, Contender Asia. dia kalah pada episod ke 14 yakni peringkat separuh akhir kepada John Wayne Parr. kalau diikutkan pengalaman memanglah aku berpihak kepada JWP tapi kalau diikutkan kepada keadaan perlawanan kemarin antara depa dua, sah aku kata Dzhabar yang menang. penonton kat stadium pun aku tengok ramai dok sorak Dzhabar tapi nak buat camna kan dah hakim yang arif kata JWP yang menang. menang pun hanya dengan kelebihan 1 mata lak tu. sakannn. ok stop takat ni dulu pasai Contender Asia.

sekarang aku nak sambung cerita lain lak tapi masih lagi pasai Muay Thai ni. pada 30 & 31 Mac yang lalu di Alor Star ni ada Cabaran Muay Thai Dunia TM-WMC Piala Di Raja Kedah. gila weh aku teruja. lama dah tak tengok secara langsung depan mata ni. masa kecik dulu ada la skali dua tengok. so aku pun pi. aku amik tempat di grand stand sebab aku tak larat nak dongak kepala lelama macam para penonton yang dok kat ring side. tempat dok aku tu dekat ja dengan ring. ada dalam 20+ meter ja kot. clean & clear punya view tapi dalam video aku tu nanti nampak jauh lak. apapun belek punya belek flyer rupanya si Dzhabar "Genghis Khan" Askerov pun mai lawan. mak aii syok tak terkira haha. so ni aku tayang kat hampa suma klip video perlawanan antara Dzhabar dari UAE dengan Yorknaroon Porvitaya dari Thailand. mintak maaf, kualiti video memang macam h---- sebab aku guna digital compact camera cap ayam aku ja.




perasan dak spinning heel kick dia?! mantap arr weh. terus pitam sat mamat Thai tu. kena K.O pusingan pertama tuh. sebelum tu mamat Thai ni dah telentang kena sauk si Dzhabar ni. ramai gak yang tak kenal si Dzhabar ni. kompom la ramai yang setuju sokong mamat Thai tu. sebut Tomoi kompom orang ingat Thailand ja kan. sayangnya aku telupa nak rakam dari awai sebab dok asyik syok teruja tambah dengan mulut dok jerit sana sini haha. kami para penonton hangin gak sebab cepat sangat perlawanan tamat. tak puas tengok skills dia lg. tapi nak buat camna kan, dah tamat haha.

tuh haa selingan foto kenangan peminat-peminat si Dzhabar ni haha. aku tunggu sampai arini untuk posting pasai suma ni semata-mata nak tahu dulu keputusan kemarin. sekian..