mogwai live in malaysia..
(gambar dari The Star Online)
bila ingat Scotland, aku terbayang rasaksa Loch Ness tapi ni aku bukan nak cerita pasai rasaksa yang langsung kita tak penah tau samada ia benar-benar wujud atau tak tapi aku nak cerita pasai satu band yang sah wujud dari Glasgow, Scotland iaitu MOGWAI.
ramai yang kata depa ni post-rock tapi depa sendiri dalam satu bicara dengan majalah Junk, depa kata jangan label depa post-rock. depa jenih instrumental.
so malam 21st Jan baru-baru ni aku beserta beberapa orang rakan (thanks bebanyak Jack, Amril dan Amino yang dah jadi macam host lak) tepacak kat dalam dewan 5, KL Convention Centre semata-mata untuk layan konsert depa.
aku sebenarnya agak kecewa dengan set list depa. mungkin sebab banyak lagu-lagu yang depa main malam tu bukan lagu kegemaran aku. tapi takpa, no big deal.
depa cukup simple. tak dress-up pun. perut memasing boroi ja. sumanya nampak biasa kecuali skills depa yang really outstanding. bunyian depa sharp. efek lain dari yang lain. tengah dok layan bunyi sayup-sayup sunyi, bangggg depa gesek gitar serentak 4 orang manakala dentuman drum padu dan tepat. kena lak sistem bunyi yang mantap. stail ahh!
if truth be told, bebaloi pi layan konsert depa..
<< Home