[you've got to look hard enough for the fun]


Rules are made to be followed, but there are exceptions to all rules - and I am one of them.

[Forrest Gump]

My Photo
Name:

nothing interesting..

Friday, November 30, 2007

campaign against child abuse..




(click to enlarge)

instead of spitting words to those criminals, let us share this message with others. nevertheless, thanks Rat for approving my work, well; it is not 100% mine since i got the kid template from Rat’s campaign..


Tuesday, November 06, 2007

10 tahun sebelum merdeka..


“20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.” Petikan dari blog Fahmi Reza.


Fahmi Reza sedang menggamit kembali memori kawan-kawan berkaitan sejarah tanahair yang aku tangkap dan muat naik tanpa kebenaran dia.

Di sini aku ingin mengajak kawan-kawan semua menonton filem pendek ini yang mana ia boleh dimuat turun atau ditonton terus dari pelbagai laman web yang telah disenaraikan oleh Fahmi Reza di blognya. Namun jika kawan-kawan semua ada lebihan masa terluang, silalah pergi dan tonton sendiri filem pendek ini semasa Fahmi Reza membuat jelajah filemnya yang mana ia lebih memberangsangkan kerana sesudah tontonan filem tersebut, akan ada diskusi oleh Fahmi Reza sendiri dengan para hadirin.

Kalian tidak perlu menjadi pro atau anti kerajaan untuk menonton karya Fahmi Reza ini dan juga kalian tidak perlu berada dalam golongan atasan mahupun bawahan serta kalian tidak perlu termasuk dalam kategori peminat filem bebas atau genre filem tertentu sahaja untuk membolehkan kalian menonton filem pendek ini. Lapangkan minda. Anggaplah ia sebagai saluran maklumat baru untuk diri kita.

Sedikit pesanan dari aku:

**kalau boleh kawan-kawan semua buat sedikit ulang-kaji berkaitan sejarah tanahair sebelum menonton filem pendek ini (bukan seperti aku yang cetek ilmu).
**tolong beri perhatian semasa menonton terutamanya semasa sesi diskusi. Kalau tidak pun jangan la membuat bising. Cakap-cakap halus kalian adalah seperti cakap-cakap sembang kedai mamak. Paham bukan. Selamat menonton.

Fahmi Reza ada menyatakan nanti akan ada karya filem terbarunya selepas ini. Aku berharap dia akan berjaya dalam segala usahanya..